Site icon TechNave BM

Astro tawarkan siaran percuma untuk 10 saluran terpilih sehingga 31 Januari 2023

Sempena kemenangan Anugerah Putra Brand 2022 baru-baru ini, Astro akan menawarkan tontonan percuma kepada semua pelanggannya untuk 10 saluran terpilih dalam televisyen dan Astro GO. Siaran percuma ini akan ditawarkan bermula hari ini hingga 31 Januari 2023.

Berikut adalah senarai saluran percuma yang akan ditawarkan sepanjang tempoh ini:

Sempena sambutan Tahun Baru Cina, pelanggan Astro juga boleh menonton saluran pop-up Too FUN (saluran 100) sehingga 12 Februari 2023. Saluran ini menyiarkan pelbagai jenis hiburan termasuk rancangan variasi, drama dan filem.

Pelanggan Go Shop pula boleh dapatkan diskaun sebanyak RM12 untuk pembelian bernilai RM120 dan ke atas dengan menggunakan kod promo PUTRA12. Promosi ini akan berlangsung sehingga 3 Februari 2023.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siaran ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version