Site icon TechNave BM

Astro tawarkan siaran percuma untuk semua saluran hiburan Korea dan filem antarabangsa

Baru-baru ini, syarikat penyiaran Astro telah memenangi Anugerah Putra Berhad 2021 dan bagi meraikan kemenangan tersebut, mereka bakal menawarkan akses percuma kepada para pelanggan Astro untuk semua saluran filem dan Korea bermula 29 Januari hingga 6 Februari 2022.

Berikut adalah saluran yang bakal ditawarkan secara percuma kepada para pelanggan Astro sepanjang tempoh tersebut:

Untuk lebih banyak hiburan Korea, para pelanggan juga boleh menonton pelbagai program variasi dan drama bersiri Korea di saluran K-PLUS HD, iaitu sebuah saluran eksklusif di platform Astro GO.

Selain siaran percuma, para pelanggan Go Shop pula diberi tawaran diskaun sebanyak RM10 untuk sebarang pembelian berharga sekurang-kurangnya RM100, dengan menggunakan kod promo PUTRATQ10. Tawaran ini sah bermula 24 Januari hingga 6 Februari 2022.

Beritahu kami di Facebook jika anda akan menonton mana-mana saluran di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version