Site icon TechNave BM

Astro tawarkan siaran Piala Dunia 2022 secara percuma dengan pakej Fibre & Bundles TV

Bagi menyambut kedatangan Piala Dunia FIFA 2022 di Qatar yang akan berlangsung dalam masa dua bulan lagi, Astro menawarkan pakej internet dan televisyen menarik yang membenarkan anda untuk tonton kejohanan bola sepak itu secara percuma.

Jika anda melanggan kepada pakej Astro Fibre & Bundles TV yang terpilih, anda boleh dapatkan akses percuma untuk seluruh siaran Qatar 2022 (bernilai RM99.99) dalam resolusi 4K HDR dengan Astro Ultra Box. Tawaran ini akan berlangsung sehingga 30 November 2022.

Dengan pakej ini, anda boleh dapatkan perkhidmatan internet 50Mbps dan pek televisyen bermula dari RM179.99 sebulan. Berikut adalah pilihan pakej yang disediakan oleh Astro untuk promosi ini:

Selain itu, pelanggan yang mendaftar untuk internet 100Mbps dan ke atas yang digabungkan dengan Pek Sports atau Premium 1 akan terima diskaun bulanan sebanyak 30% selama 24 bulan untuk penjimatan sehingga RM936.

Layari laman web Astro untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version