Mulai hari ini, Netflix akan tersedia untuk penstriman pada Definisi Tinggi (HD) menggunakan Astro Ulti Box untuk menonton filem atau rancangan. Penambahan Netflix pada Ulti Box hadir selepas pelancaran Netflix pada 4K UHD melalui UItra Box Astro pada November lalu dengan pek Astro serba baharu.
Bagi pelanggan Astro yang kini menggunakan Ulti Box, mereka boleh menaik taraf pek semasa mereka kepada mana-mana pakej baharu Astro kepada Entertainment Plus dengan Netflix untuk menikmati penjimatan yang lebih besar dan kemudahan membayar bil.
Pelanggan Astro sedia ada dengan Pek Entertainment Plus atau Netflix boleh mengakses Netflix pada Ulti Box melalui skrin utama dengan memilih aplikasi Netflix atau menukar ke saluran 741. Pelanggan baharu Netflix dan Astro tanpa Pek Entertainment Plus boleh mendaftar untuk Netflix apabila mereka melancarkan Netflix daripada skrin utama dan klik pada “Join Now”.
Untuk butiran lanjut dan melanggan Astro, sila layari laman rasmi Astro Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

