Site icon TechNave BM

ASUS 11.11 Gila Sales: Koleksi Gaming ROG x IKEA diperkenalkan

ASUS meraikan 11.11 Gila Sales dengan tawaran hebat sehingga 53% diskaun, baucar penghantaran percuma serta baucar tunai eksklusif. Pengguna yang ingin menaik taraf PC dapat  menikmati tawaran istimewa untuk penyejuk AIO, peralatan gaming (GG), paparan LCD dan penghala wayarles yang tersedia di kedai  rasmi ASUS dan ROG serta kedai pengedar yang diiktiraf ASUS. Baucar tambahan dalam kedai dan hadiah percuma turut diberikan.

Berikut merupakan tawaran yang diberikan oleh ASUS:

TawaranTarikh
Diskaun RM40 dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM45011 November 2021
Diskaun RM80 dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM80011 November 2021
Diskaun RM111 dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM100011 November 2021
Diskaun 11% min. dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM300 (GG), bermula dari RM3311 November 2021
Perbelanjaan minimum sebanyak RM500, penebusan kad hadiah IKEA bernilai Pelanggan terawal sahaja

ASUS juga mengadakan kempen Review and Win dari 11 November – 14 November 2021 untuk pelanggan memenangi kad hadiah IKEA bernilai sehingga RM50 dengan meninggalkan ulasan tentang pembelian mereka. Semasa pelancaran papan induk ASUS Z690 terbaharu, pelanggan akan mendapat pengawal (controller) XBOX, kad hadiah IKEA dan baju-T ROG yang bernilai sehingga RM 450. Anda boleh memenanginya dengan membeli papan induk ASUS Z690 terpilih yang digabungkan dengan pemproses Intel Core Generasi ke-12.

Pada hari yang sama, koleksi ASUS Republic of Gamers x IKEA Gaming akan mula tersedia di bilik pameran IKEA di seluruh negara membawa vignet khasnya. Pelanggan boleh merasai sendiri keselesaan, kepraktisan dan estetika barisan perabot IKEA Gaming serta menyaksikan PC Gaming ROG yang dibina khas.

Untuk butiran lanjut mengenai jualan Gila 11.11 ASUS dan pelancaran Koleksi Gaming ROG x IKEA Gaming, anda boleh lawati halaman Facebook rasmi ASUS dan ROG. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version