Site icon TechNave BM

ASUS ExpertBook B9 dilancarkan di Malaysia: Bateri 66W, seringan 870g bermula RM6,299

Terkini, ASUS telah melancarkan ASUS ExpertBook B9 di pasaran Malaysia. Komputer riba ini dikatakan sebuah komputer riba 14 inci yang paling ringan di dunia dengan beberapa spesifikasi menonjol.

ExpertBook B9 dilaporkan hadir dengan varian Intel Core i7 dan i5, bersama pilihan RAM 8GB dan RAM 16GB. Komputer riba ini dikatakan bakal memenuhi keperluan pengguna yang sentiasa perlu bergerak secara mudah alih. Dengan ciri ketahanan yang terbukti lasak dan ciri teknologi menarik, anda mungkin bakal mempertimbangkan komputer riba ini. Anda boleh melihat ciri dan spesifikasi asas ASUS ExpertBook B9 seperti di bawah.

Apa yang menariknya, komputer riba ini memiliki ciri NumberPad pada pad sentuh yang bakal memudahkan anda untuk menaik data nombor. Bukan itu sahaja, ketahanan baterinya dikatakan mampu bertahan sehingga 24 jam!

Harga penjualannya di pasaran Malaysia bermula pada RM6,299 sehingga RM9,299 untuk varian-varian tertentu. Anda boleh menyemaknya di laman web rasmi ASUS.

Adakah anda berminat dengan komputer riba mudah alih 14 inci ringan dan tahan lasak ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi.

Exit mobile version