Site icon TechNave BM

ASUS GeForce RTX 3070 Noctua Edition dilancar: Miliki kelajuan sehingga 1845MHz

ASUS dan Noctua yang kini merupakan rakan kongsi telah melancarkan ASUS GeForce RTX 3070 Noctua Edition

Produk ini menggunakan teknologi penyejukan daripada kepakaran PC Austria di mana ia menampilkan dua kipas Noctua NF-A12X25 dengan rekaan baharu untuk membantu proses penyejukan. Badannya memiliki gabungan warna coklat dan kekuningan. Dengan reka bentuk yang baharu, ia menjadikan saiznya sedikit lebar tanpa pencahayaan RGB.

Kad ini didapati kurang bunyi 15dbA dengan kelajuan kipas ‘sederhana’ dan 9dbA kurang bunyi dengan kelajuan maksimum. Produk ini juga dilengkapi mod 0dB ASUS yang mematikan kipas apabila suhu GPU mencecah bawah 50 ° C.

Edisi Noctua hadir dalam model standard dengan kelajuan 1725MHz dalam mod permainan dan 1755MHz dalam mod OC. Selain itu, terdapat juga edisi OC yang mencapai 1815MHz dalam mod permainan dan 1845MHz dalam mod OC.

Sehingga kini, masih tiada sebarang maklumat mengenai harganya tetapi produk akan dikeluarkan pada pertengahan Oktober. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan jenis kamera ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version