Site icon TechNave BM

ASUS lancar 3 aksesori baru di samping ROG Phone 3: ROG Falchion, ROG Cetra RGB dan ROG Strix XG16

Selain melancarkan telefon pintar gaming ROG Phone 3 semalam, ASUS turut melancarkan aksesori gaming baru iaitu ROG Falchion, ROG Cetra RGB dan ROG Strix XG16.

ROG Falchion adalah papan kekunci gaming wayarles yang menampilkan kekunci mekanikal dan panel sentuhan interaktif untuk melaras kelantangan suara atau memainkan muzik. Papan kekunci ini mempunyai hayat bateri selama 400 jam jika lampu LED RGB dipadamkan.

ROG Cetra RGB adalah gaming earphones yang dilengkapi pembatalan hingar aktif bagi pengalaman gaming yang lebih imersif. Ia dihubungkan melalui port USB Type-C jadi ia boleh digunakan bersama peranti mudah alih, PC, Mac dan juga Nintendo Switch.

ROG Strix XG16 pula adalah monitor gaming mudah alih 144Hz berukuran 15.6 inci Full HD yang membolehkan pengguna untuk bermain game dalam skrin yang lebih besar di mana sahaja. Ia datang dengan penegak (kickstand), membuatkannya boleh didirikan di mana sahaja. Dengan bateri dalaman, ia boleh beroperasi walaupun tanpa sumber tenaga luaran.

Adakah anda berminat dengan kelengkapan gaming ASUS ROG ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version