Site icon TechNave BM

ASUS lanjutkan waranti peranti anda jika ia berakhir pada waktu PKP

Jika anda memiliki sebarang peranti ASUS yang warantinya tamat pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), syarikat itu akan melanjutkan tarikh tamat waranti anda selama 30 hari selepas tarikh tamat PKP.

Pelanjutan waranti ini layak untuk semua komputer riba ASUS termasuk produk-produk Republic of Gamers. Perkhidmatan sokongan ASUS terpaksa dihentikan sepanjang PKP, jadi dengan pelanjutan waranti ini, harapnya pelanggan masih boleh menyelenggara peranti mereka dengan ASUS walaupun jika waranti tamat pada bulan ini.

Layari laman web perkhidmatan pelanggan ASUS Malaysia untuk maklumat lanjut. Beritahu kami di Facebook jika berita ini melibatkan anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version