Site icon TechNave BM

ASUS Malaysia akan lancarkan ROG Phone 9 edisi khas Honkai Impact 3rd Elysia

ASUS Republic of Gamers (ROG) baru-baru ini mengumumkan kolaborasi khas dengan game mudah alih popular, Honkai Impact 3rd, dengan melancarkan telefon gaming edisi khas ROG x Honkai Impact 3rd Elysia’s Special Collection untuk siri ROG Phone 9.

Telefon edisi khas ini mempunyai hiasan bertemakan watak Elysia daripada game Honkai Impact 3rd, dengan tema warna merah jambu Romantic Pink dan didatangkan dengan pakej berbentuk surat bagi melambangkan mesej khas daripada Elysia untuk para peminatnya. Ia turut disepadukan dengan cahaya AniMe Vision di belakang ROG Phone 9 untuk melambangkan watak tersebut.

Kotak telefon edisi khas ini didatangkan dengan aksesori-aksesori tersebut:

Setiap kotak juga akan didatangkan dengan nombor siri khas di mana anda boleh gunakannya untuk dapatkan item khas dalam game Honkai Impact 3rd iaitu dua Enchanted Phones dan 2,000 Asterite.

ASUS juga melancarkan Elysia Theme Pack secara percuma yang boleh dimuat turun dalam ROG Phone Theme Store. Ia mempunyai pelbagai item digital khas seperti live wallpaper bertema, animasi pengecasan, panggilan telefon masuk dan animasi AniMe Vision.

ASUS akan mengeluarkan hanya 5,000 unit item edisi khas ini dan ia akan dijual di Malaysia tidak lama lagi.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version