Site icon TechNave BM

ASUS Malaysia anjurkan promosi komputer “gaming” ROG dan TUF, berlangsung sehingga 31 Oktober 2023

Jika anda sedang mencari sebuah komputer riba gaming, ASUS Malaysia kini sedang menganjurkan promosi khas untuk siri komputer riba gaming Republic of Gamers (ROG) dan TUF Gaming.

Dalam promosi ini, anda boleh menerima sehelai baju-T ROG (bernilai RM100) dan set ais ROG Ice Cubes (bernilai RM99) apabila anda membeli komputer riba ROG terpilih. Sementara itu, jika anda membeli komputer riba TUF Gaming terpilih, anda boleh dapatkan botol ASUS TUF Gaming Oversized Bottle (bernilai RM129) atau tuala ASUS TUF Gaming Towel (bernilai RM99).

Promosi ini akan berlangsung sehingga 31 Oktober 2023. Untuk maklumat lanjut jika anda ingin menyertai promosi ini, layari laman web ASUS ROG Malaysia untuk maklumat lanjut. Malangnya, promosi ini tidak mempunyai sebarang pengurangan harga untuk komputer-komputer yang terlibat.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan komputer riba gaming ASUS melalui promosi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version