Site icon TechNave BM

ASUS Malaysia lancarkan BR1100: Komputer pembelajaran di rumah & sekolah berharga RM1,599

ASUS Malaysia hari ini telah melancarkan komputer riba ASUS BR1100 iaitu sebuah komputer riba mampu milik yang ditujukan khas untuk pembelajaran dari rumah. Ia dilengkapi skrin berukuran 11.6 inci dan engselnya boleh diputar 360° untuk digunakan seperti tablet.

ASUS BR1100 mempunyai pelbagai ciri-ciri yang membuatkan komputer ini amat tahan lasak seperti ketahanan bertaraf tentera MIL-STD-810H, bahagian sisi yang dilindungi dengan permukaan getah dan papan kekunci kalis air. Daripada segi bateri, ASUS mengatakan ia boleh bertahan selama 10 jam dengan pengecasan penuh.

Seperti kebanyakan komputer riba, ia juga dilengkapi sebuah webcam 720p yang berada di atas skrin. Di samping itu, terdapat juga sebuah kamera di atas papan kekunci yang boleh digunakan sebagai kamera utama sewaktu komputer ini digunakan dalam mod tablet.

Ia turut dilengkapi storan dalaman eMMC 128GB dan sebatang stilus yang boleh diletakkan dalam badan komputer tersebut. Mikrofonnya pula dilengkapi teknologi pembatalan hingar 3D (3DNR) yang boleh membatalkan hampir 94% bunyi latar belakang.

Daripada segi port I/O, ia dilengkapi USB Type-C 3.2 Gen 2, USB Type-A 3.2 Gen 1, HDMI, pembaca kad microSD dan ethernet RJ45. Satu ciri yang menarik pada komputer ini adalah kemudahan untuk membersihkannya, kerana pengguna boleh mencabut papan kekunci, bateri dan port I/O dengan mudah. Pengguna juga boleh menggantikan komponen yang telah dicabut jika ia mempunyai masalah.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk ASUS BR1100:

ASUS BR1100 akan dijual pada harga RM1,599. Layari laman web ASUS Malaysia jika anda berminat dengan komputer ini.

Beritahu kami di Facebook jika anda akan membeli komputer riba unik ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version