Site icon TechNave BM

ASUS Malaysia lancarkan pelbagai komputer riba baharu dalam siri Zenbook bermula RM4,399

Pada hari ini, ASUS Malaysia telah melancarkan beberapa model komputer riba baharu dalam jenama ASUS Zenbook untuk tahun 2022 yang menampilkan pelbagai spesifikasi canggih untuk kegunaan profesional. Berikut adalah beberapa komputer Zenbook baharu yang telah diumumkan:

ASUS Zenbook 14X OLED Space Edition

Komputer riba ini dibina sempena memperingati komputer riba ASUS P6300 yang telah digunakan di stesesn angkasa Mir. Zenbook 14X OLED Space Edition dilengkapi hiasan bertemakan angkasa lepas dan warna titanium Zero-G untuk penampilan yang unik.

Satu ciri unik pada komputer ini adalah skrin luaran ZenVision 3.5 inci yang berada di belakang skrin utama, di mana ia boleh memaparkan sebarang mesej atau animasi yang disukai oleh pengguna. Komputer ini turut mempunyai standard SMC-S-016A untuk ketahanan yang lebih tinggi.

Berikut adalah spesifikasi untuk Zenbook 14X Space Edition:

ASUS Zenbook Pro 14 Duo LED

Komputer riba ini mempunyai dua skrin yang terdiri daripada skrin utama OLED yang berukuran 14.5 inc dan skrin kedua ScreenPad Plus yang berukuran 12.7 inci dan boleh digunakan secara sentuh. Apabila komputer ini dibuka, engsel AAS Ultra Auto-Tilting design akan menaikkan skrin kedua secara automatik sebanyak 12 darjah.

Skrin utamanya mempunyai pengiktirafan warna PANTONE, gamut DCI-P3 100% dan pengiktirafan TÜV Rheinland untuk penjagaan mata pengguna. Berikut adalah spesifikasi untuk Zenbook Pro 14 Duo LED:

ASUS Zenbook Pro 16X OLED

Komputer riba ini merupakan model andalan (flagship) untuk siri Zenbook tahun ini. Ia menampilkan spesifikasi lengkap untuk para pengguna yang menginginkan prestasi pantas untuk kerja-kerja profesional.

Selain itu, ia dibina dengan aloi aluminium 6000 dengan ketebalan 16.9mm sahaja serta berat 2.4kg. Berikut adalah spesifikasi untuk Zenbook Pri 16X OLED:

ASUS Zenbook 14 OLED

Ini adalah komputer Zenbook dengan skrin 14 inci yang sesuai untuk lebih ramai pengguna yang ingin melaksanakan tugas harian. Selain dilengkapi spesifikasi canggih, ia menampilkan rekaan ringkas dan ringan yang mempunyai pengiktirafan MIL-STD-810H.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk Zenbook 14 OLED:

Layari laman web ASUS Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai semua komputer di atas. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk membelinya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version