Site icon TechNave BM

ASUS Malaysia lancarkan peranti “gaming” Gundam Collection edisi terhad bermula RM239

ASUS telah bekerjasama dengan syarikat SOTSU SUNRISE dari Jepun untuk menghasilkan beberapa peranti gaming PC yang dihiasi robot popular dari siri anime GUNDAM. Pelanggan boleh pilih di antara hiasan robot RX-78-2 Gundam atau MS-06S Char Zaku II.

Koleksi Gundam edisi terhad ini terdiri daripada pelbagai jenis produk termasuklah papan induk (motherboard), kad grafik, rangka komputer, penyejuk (cooler), monitor, tetikus, penghala (router) dan papan kekunci.

Antara produk yang menarik adalah kad grafik ROG Strix GeForce RTX 3080 Gundam Edition, monitor ROG Strix XG279Q Gundam Edition dan fon kepala ROG Delta Gundam Edition. Buat siri Zaku pula, papan induk TUF Gaming B550M Zaku Edition pasti akan membuatkan komputer anda nampak amat unik.

Layari laman web ASUS x GUNDAM untuk maklumat lanjut tentang barisan produk ini di mana ia akan dijual pada harga bermula RM239. Beritahu kami di Facebook jika anda akan membelinya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version