ASUS Malaysia telah melancarkan model-model terbaharu dalam siri komputer riba ExpertBook yang dikhaskan untuk golongan profesional dan kerja-kerja produktiviti, terdiri daripada ExpertBook B1, ExpertBook B9, ExpertBook B5 dan ExpertBook B5 Flip. Komputer-komputer ini dijual pada harga bermula RM3,599.
Siri ExpertBook B1 yang terdiri daripada varian B1400 dan B1500 adalah dua komputer riba nipis yang dikhaskan untuk pemilik perniagaan dan dilengkapi cipset 11th Gen Intel Core i7, RAM 8GB dan storan 512GB. Ia turut dilengkapi pelbagai jenis port termasuklah Thunderbolt 4, VGA, USB 3.2 Gen 2 Type-A, USB 2.0, HDMI, LAN, ruang kad micro SD dan bicu audio 3.5mm.
Badannya dibina dengan aloi aluminium yang mencapai piawaian tentera untuk ketahanan tertinggi. Bagi memastikan keselamatan pengguna, komputer ini dilengkapi cip Trusted Platform Module (TPM) 2.0, pengimbas cap jari yang berada pada butang suis serta kamera webcam yang mempunyai penutup.
ExpertBook B9 pula dilengkapi cipset Intel 11th Gen dan grafik Intel Iris Xe, sokongan WiFi 6, Thunderbolt 4 dan bateri lithium-polymer 66Wh empat sel. Komputer dengan skrin 14 inci ini adalah komputer ExpertBook tercanggih dalam senarai ini, dengan RAM 16GB dan SSD 1TB dengan teknologi RAID 0 dan RAID 1 untuk data yang lebih terlindung.
Ia turut dilengkapi pelbagai port I/O seperti Thunderbolt 4 yang menyokong pengantaraan (interface) USB4, pemindahan data pada kadar 40 Gbps, paparan luaran 4K dan pengecasan pantas.
ExpertBook B5 dan ExpertBook B5 Flip pula menampilkan rekaan yang agak unik berbanding ExpertBook lain kerana engselnya boleh diputar sebanyak 360° agar ia boleh digunakan seperti tablet. Daripada segi spesifikasi, ia lebih kurang sama dengan ExpertBook B1, dengan cipset Intel 11th Gen Core i7, RAM 8GB, WiFi 6, grafik Iris Xe, webcam bertutup dan binaan bertaraf tentera.
Untuk bateri pula, ASUS mengatakan ia boleh bertahan sehingga 14 jam dan pengecasannya pula memerlukan masa 39 minit untuk mengecas sehingga 60%.
Berikut adalah senarai harga untuk komputer-komputer riba di atas:
Layari laman web ASUS Malaysia untuk maklumat lanjut. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

