Site icon TechNave BM

ASUS Malaysia umum TUF Gaming GeForce RTX 3080: Ciri Ampere untuk ‘gaming’ padu berharga RM3,360

Sebenarnya, ramai yang sudah tahu mengenai pemproses grafik GPU siri Nvidia GeForce RTX 30 yang hadir di pasaran. Kini, ASUS Malaysia mengumumkan secara rasmi kehadiran ASUS TUF Gaming GeForce RTX 3080 di pasaran Malaysia. Di bawah nombor model TUF-RTX 3080-10G-GAMING, ianya berharga RM3,360.

Sepintas lalu, ASUS TUF-RTX 3080-10G-GAMING dilengkapi teras NVIDIA GeForece RTX CUDA (8704), memori GDDR6X 10GB, antara muka PCIe 4.0, 2x output NativeHDMI 2.1 dan 3x Native DisplayPort 1.4a. Ia terbina dengan tiga kipas berteknologi axial yang berkuasa, dioptimumkan untuk grafik intensif pada kadar suhu yang rendah. Terdapat juga penenggelam haba (heatsink) tersendiri untuk kawalan haba GPU dan memori.

Kebanyakan bahagian belakangnya dilindungi plat belakang besi yang mana turut menampilkan ruang pengudaraan yang lebar. Ruang ini membenarkan udara panas mengalir ke kipas cesi (chassis) berbanding mengalir semula ke penyejuk GPU. Anda boleh melihat spesifikasi nya lain di laman web rasmi GeForce RTX 3080.

Tidak ketinggalan, ia lengkap dengan multi pemproses NVIDIA Ampere Streaming Multiprocessors untuk GPU yang lebih efisyien.

Apakah pendapat anda mengenai RTX 3030 baharu ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version