Site icon TechNave BM

ASUS Malaysia umumkan komputer riba ‘gaming’ siri ROG Zephyrus dan ROG STRIX, Intel 10th-Gen bermula RM4,399

ASUS Malaysia kini telah menyediakan keluaran terbaru komputer riba berfokuskan gaming iaitu siri ROG Zephyrus dan siri ROG STRIX baharu. Dengan penawaran spesifikasi yang baik untuk gaming dan pemproses Intel Generasi Ke-10, harga yang ditawarkan adalah bermula pada RM4,399.

Antara komputer riba gaming baharu dalam siri ROG Zephyrus adalah Zephyrus S15, Zephyrus S17, Zephyrus Duo 15 dan Zephyrus M15. Manakala siri ROG STRIX pula hadir dengan ROG STRIX SCAR 15, ROG STRIX SCAR 17, ROG STRIX G15 dan G17.

Kesemua komputer riba yang baharu ini dilengkapi termal Liquid Metal untuk prestasi penyejukan yang baik, bersama pengecas kuasa 65W PD/Type-C dan pemproses Intel Generasi Ke-10.

Terdapat banyak lagi spesifikasi menarik seperti sokongan skrin kedua pada ROG Zephyrus Duo 15, kadar segar semula sehingga 300Hz dan sokongan 100% sRGB. Untuk itu anda boleh melihat spesifikasi penuh di laman rasmi ASUS.

ROG Zephyrus Duo 15
ROG Zephyrus Duo 15

Berikut merupakan harga komputer riba gaming ASUS di pasaran Malaysia:

ASUS Zephyrus Duo 15 dilengkapi spesifikasi mantap berharga RM19,999. (Bakla dilancarkan September ini)

ASUS ROG Zephyrus S15:

ASUS ROG Zephyrus S17:

ASUS Zephyrus M15 dengan Intel i7, RTX 2070 berharga RM6,999.

ASUS ROG STRIX SCAR 15:

ASUS ROG STRIX SCAR 17:

ASUS ROG STRIX G15:

ASUS ROG STRIX G15 (Versi Electro Punk dan Glacier Blue):

ASUS ROG STRIX G17:

Kesemua komputer riba hadir dengan spesifikasi yang tersendiri, kerana itulah harganya berbeza-beza. Anda bukan sahaja boleh melihat spesifikasi, tetapi boleh membandingkannya di laman rasmi ASUS. Untuk membelinya, anda boleh melihat senarai tempat sama ada secara dalam talian atau luar talian disini.

Adakah anda akan memilikinya? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version