Site icon TechNave BM

ASUS memperkenalkan penghala Internet tanpa wayar (WiFi) generasi baharu

ASUS memperkenalkan penghala Internet tanpa wayar (WiFi) generasi baharu keluarannya yang menyokong sambungan lebih pantas dan stabil termasuk merangkumi jumlah keluasan yang besar.

Menurut myMetro, mereka telah menguji penghala ASUS RT-AX56U dan ia didatangkan dengan sokongan WiFi 6, sekali gus mampu untuk menawarkan kelajuan Internet berbanding sistem terdahulu. Penghala ini boleh dikategorikan sebagai mampu milik yang dikuasakan dengan pemproses 1.5Ghz Teras Kuad Broadcom BCM6755 dengan kapasiti memori 512MB.

Kelas penghala AX1800 menawarkan kelajuan melebihi 574Mbps untuk jaringan 2.4Ghz dan 1,201Mbps bagi frekuensi 5Ghz. ASUS RT-AX56U ini sesuai untuk kawasan rumah yang besar memandangkan jangkauan jaringan yang luas tidak mengira struktur binaan dan pastinya ia pilihan pengguna.

Penghala ini juga berkeupayaan untuk teknologi sambungan AiMesh dan turut dilengkapi pelindungan ‘AiProtection’ untuk keselamatan pengguna. Selain itu, ia juga amat mudah dan pengguna hanya perlu mendapatkan kata laluan daripada penyedia perkhidmatan Internet Fiber seperti TM dan boleh melakukan pemasangan sendiri.

Apakah komen anda tentang berita ini? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama TechNaveBM.com untuk berita teknologi terkini.

Sumber : myMetro

Exit mobile version