Site icon TechNave BM

ASUS mungkin akan lancarkan ROG Phone 3 pada 22 Julai

Sebelum ini, ASUS ROG Phone 3 dilaporkan akan dilancar pada bulan Julai. Kini, sebuah lagi maklumat tertiris bahawa syarikat itu sudah pun memutuskan sebuah tarikh spesifik iaitu pada Rabu, 22 Julai. Pelbagai sumber mengatakan ASUS sudah pun mengedarkan jemputan kepada majlis dalam talian yang dinamakan ROG 2020 Game Changer.

Berdasarkan tajuk acara tersebut, boleh diandaikan bahawa ROG Phone 3 akan dilancarkan pada waktu itu. Menurut Mashdigi, ROG 2020 Game Changer akan dianjurkan pada 22 Julai jam 11:00 malam di Taiwan. Pada waktu yang sama, ia akan disiarkan secara langsung di Milan, Itali dan New York, Amerika Syarikat. Mungkin produk tersebut akan dilancarkan dalam tiga negara secara serentak.

Berdasarkan laporan sebelum ini, ROG Phone 3 dijangkakan bakal dilengkapi spesifikasi yang sangat canggih termasuk cipset Snapdragon 865+, RAM 16GB, storan 512GB, bateri 6,000mAh, pengecasan 30W dan skrin 144Hz.

ASUS ROG Phone 3 adalah antara telefon yang paling dinantikan pada waktu ini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Mashdigi, diterjemahkan daripada TechNave English

Exit mobile version