Site icon TechNave BM

ASUS mungkin akan lancarkan ROG Phone 5s pada 16 Ogos

Siri telefon pintar gaming ASUS ROG Phone 5 yang dilancar pada Mac 2021 merupakan antara telefon yang sangat disambut baik pada tahun ini, dengan prestasi yang sangat pantas serta kepelbagaian fungsi khas untuk gaming. Kini ASUS mungkin akan melancarkan satu lagi varian baru untuk telefon itu iaitu ASUS ROG Phone 5s.

Menurut sumber, telefon itu bakal dilengkapi cipset telefon andalan terbaru oleh Qualcomm iaitu Snapdragon 888 Plus. ASUS mungkin menghasilkan varian ini setelah Qualcomm melancarkan cipset tersebut pada bulan Jun lalu, namun syarikat teknologi Taiwan itu masih belum merancang untuk melancarkan siri baharu untuk ROG Phone.

Selain daripada itu, spesifikasi ROG Phone 5s nampak sama dengan varian lain dalam siri ROG Phone 5, seperti pengecasan pantas 65W, bateri 6,000mAh, skrin OLED 144Hz dan varian memori 16GB+256GB atau 18GB+512GB. Setakat ini masih tidak pasti jika ROG Phone 5s akan mempunyai rekaan yang serupa dengan telefon lain dalam siri ROG Phone 5.

Ia juga dikhabarkan akan dilancar tidak lama lagi iaitu pada 16 Ogos. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan varian baru untuk ROG Phone 5 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Diterjemahkan daripada TechNave

Exit mobile version