Site icon TechNave BM

ASUS mungkin lancarkan ROG Flow Z13 miliki port GPU luaran

ASUS mungkin akan mengeluarkan pengganti ROG Flow X13 iaitu ROG Flow Z13 yang turut berfungsi sebagai PC untuk gaming. Evan Blass (@evleaks) menghantar tweet foto ROG Flow Z13 yang kelihatan agak serupa dengan Microsoft Surface Pro 8 baharu.

Sekiranya ROG Flow Z13 lebih kurang sama seperti X13, kami dapat menjangka akan prestasinya. Komputer riba X13 disambungkan ke kad grafik luaran (eGPU) ASUS yang dipanggil XG Mobile dan juga boleh meningkatkan prestasi grafik komputer tersebut.

eGPU juga berfungsi sebagai dok USB dengan beberapa port, mengubah komputer riba boleh tukar 13-inci ini menjadi pelantar permainan yang lengkap. ROG Flow Z13 didapati boleh disambungkan ke eGPU dengan cara yang sama.

Kami agak teruja untuk melihat penambahbaikan yang akan disediakan oleh ASUS untuk Z13. Imej itu adalah sebahagian daripada pendedahan yang turut menyertakan imej ROG Zephyrus Duo 16 dan fon telinga wayarles ROG. Namun, maklumat dan imej yang kami dapati masih tidak berapa jelas. 

ASUS mungkin hanya bersiap sedia untuk CES 2022 pada bulan Januari atau mungkin ia bakal melancarkan produk secara mengejut. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The Verge

Exit mobile version