Selepas melancarkan telefon flagship ROG Phone 3 dan Zenfone 7, ASUS kini mungkin sedang mengusahakan empat telefon pintar kelas pertengahan yang baru. Menurut laporan media, ASUS menghasilkan telefon dengan empat cipset yang diberi nama kod “Lito“, “Lagoon“, “Bengal” dan “Scuba“.
Besar kemungkinan, “Lito” adalah Snapdragon 765G manakala “Lagoon” pula adalah Snapdragon 690. Kedua-dua cipset ini adalah cipset kelas pertengahan yang menyokong rangkaian 5G.
Untuk “Bengal” dan “Scuba” pula, butirannya agak kabur. “Bengal” mungkin adalah Snapdragon 662 atau Snapdragon 460, manakala “Scuba” pula mungkin adalah cipset dalam siri Snapdragon 200.
Tiada maklumat lanjut berkenaan telefon pintar baru yang sedang dibina oleh ASUS ini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: GSMArena

