Site icon TechNave BM

ASUS pecahkan rekod dengan kadar segar semula 360Hz pada ROG Swift

Rekod dan had wujud untuk dipecahkan walaupun kadang-kadang pemecahan rekod agak mengejutkan kita. ASUS dan Nvidia telah membina teknologi kadar segar semula baru 360Hz untuk paparan. Teknologi berinovasi ini telah ditambah dalam ROG Swift 360Hz.

Berapa pantaskah 360Hz? Menurut ASUS, paparan 360Hz boleh segar semula sebanyak 54 kali dalam sekelip mata. Menarik bukan? ASUS dan Nvidia tidak memberi ciri teknologi lain untuk monitor ini, tetapi kita boleh membuat beberapa andaian.

Oleh kerana ia merupakan sebuah monitor e-sports daripada siri ROG Swift, kita boleh mengandaikan beberapa ciri teknologi berdasarkan model yang sebelumnya. Jika melihat kepada ROG Swift PG258Q, ia dilengkapi TN panel 24 inci dengan resolusi maksimum 1920 x 1080, masa respons 1ms dan kadar segar semula 240Hz. Jika ROG Swift bukan satu peningkatan yang menyeluruh, mungkin ia akan dilengkapi TN panel yang sama dan resolusi Full HD. Sudah tentu ini cuma andaian sahaja dan kita perlu menunggu ASUS dan Nvidia untuk memberi ciri teknologi yang rasmi.

Apa komen anda mengenai kadar segar semula yang tidak masuk akal ini dan adakah kita benar memerlukan monitor dengan kadar segar semula 360Hz? Komen di laman Facebook kami dan nantikan berita teknologi terkini di TechNaveBM.com.

Diterjemahkan daripada TechNave.com

Exit mobile version