Site icon TechNave BM

ASUS ROG Ally bakal dilancar di Malaysia pada 19 Jun 2023

ASUS Republic of Gamers (ROG) telah melancarkan konsol gaming mudah alihnya yang pertama, ROG Ally, pada minggu lalu dan akan dijual pada harga bermula £699 (~RM4,059) untuk pasaran antarabangsa. Kini, ia akan dilancarkan di Malaysia pada 19 Jun 2023 secara strim langsung di halaman Facebook mereka.

Berdasarkan halaman Facebook ASUS ROG, ia menunjukkan satu imej memberikan teka-teki mengenai harga peranti yang pernah dilancarkan sebelum ini. Imej tersebut menyatakan ‘Teka harga ROG Ally’ dengan memberikan petunjuk ‘Komputer riba bertanda bintang dalam persamaan pertama adalah ROG Flow Z13 ACRNM’. Pelancaran ini akan mengumumkan jualan pertama yang mungkin dikeluarkan dalam harga promosi.

Seperti yang dilihat dalam imej di atas, ia menunjukkan empat peranti berbeza. Pertama, ROG Flow Z13 ACRNM yang berharga RM12,999 di mana kitdi sini anda boleh ketahui bahawa ROG Strix Scar 18 berharga RM18,999 (RM31,998 – RM12,999). Yang seterusnya adalah ROG Zephyrus Duo 16 dan ia berharga RM22,999 (RM18,999 + RM4,000). Dengan itu, ASUS ROG Ally akan berharga RM3,299 (RM22,999 – RM19,700).

Untuk pengetahun anda, ASUS ROG Ally dikuasakan Windows, mempunyai skrin sentuh 7 inci dengan perlindungan Gorilla Glass Victus dan DXC, resolusi 1080p, segar semula skrin 120Hz dan menyokong Xbox Game Pass, Xbox Cloud Gaming dan banyak lagi. ASUS ROG Ally juga mempunyai aplikasi Armory Crate SE yang membolehkan pengguna bermain semua permainan pada satu peranti.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version