Site icon TechNave BM

ASUS ROG Ally X (2024) muncul dalam pasaran Malaysia, berharga RM4,299

ASUS mengumumkan kemas kini pada konsol mudah alih PC yang dipanggil sebagai ROG Ally X semasa acara Computex Taipei di mana ia akan dikuasakan oleh cip pemprosesan AMD Ryzen Z1 Extreme, RAM LPDDR5X 24GB, storan SSD PCIe 4.0 1TB dan bateri yang lebih besar.

Baru-baru ini, butiran harga konsol tersebut telah didedahkan untuk pasaran Malaysia. Malangnya, terdapat kenaikan harga RM1,000 berbanding model asal ROG Ally yang dijual pada harga RM3,299. Butiran ini ditunjukkan di laman web ASUS Malaysia yang menunjukkan butiran tanda harga konsol.

Setakat ini masih tidak diketahui sama ada ASUS Malaysia akan menjual konsol ini secara terus atau membukanya untuk pra-tempahan dahulu. Untuk maklumat lanjut tentang spesifikasi teknologi peranti ini, anda boleh pergi ke laman rasmi ASUS Malaysia.

Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi daripada ASUS Malaysia tentang ketersediannya. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan ROG Ally X dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version