Site icon TechNave BM

ASUS ROG Flow X16 dilancar: Komputer riba “gaming convertible” 16 inci dengan Ryzen 9, RTX 3070 Ti

ASUS Republic of Gamers (ROG) telah melancarkan komputer riba gaming ROG Flow X16 yang menampilkan rekaan convertible, di mana engselnya boleh diputar sebanyak 360 darjah untuk menjadikannya kepada sebuah tablet.

Komputer riba unik ini mempunyai skrin ROG Nebula HDR Display berukuran 16 inci dengan resolusi QHD, kadar segar semula 165Hz, kecerahan puncak 1,100 nits dan gamut warna DCI-P3 100%.

Badannya pula mempunyai berat 2.1kg dan dilengkapi teknologi penyejukan Frost Force Technology dan Pulsar Heatsink, terdiri daripada tiga kipas dan sink haba berketumpatan tinggi untuk mengekalkan suhu optimum sewaktu bermain game.

Spesifikasi dalamannya terdiri daripada pemproses AMD Ryzen 9 6900HS, unit pemproses grafik (GPU) NVIDIA GeForce RTX 3070 Ti, RAM DDR5 sehingga 64GB, storan SSD PCIe sehingga 2TB, papan kekunci dengan pencahayaan RGB, empat pembesar suara, bateri 90Wh dan sokongan untuk Bluetooth 5.2 serta WiFi 6E.

Ia turut boleh dihubungkan kepada GPU luaran XG Mobile untuk prestasi grafik yang lebih pantas. Setakat ini tiada maklumat mengenai harga dan keberadaan komputer ini di Malaysia.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan komputer riba gaming ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version