Site icon TechNave BM

ASUS ROG Malaysia umumkan komputer riba ‘gaming’ siri Zephyrus 2023

ASUS Republic of Gamers (ROG) Malaysia mengumumkan barisan 2023 komputer riba gaming Zephyrus yang dinaik taraf oleh daripada Intel, AMD, NVIDIA dan sistem Penyejukan Pintar generasi seterusnya pada setiap model.

Bermula dengan Zephyrus M16 2023, ia hadir dengan cipset Intel Core i9-13900H, GPU Komputer Riba NVIDIA GeForce RTX™ 4090, TGP maksimum 145W dan Suis MUX yang menampilkan NVIDIA Advanced Optimus. Kemudian, Zephyrus G16 dikuasakan oleh cipset yang sama, GPU Laptop NVIDIA GeForce RTX 4070, Suis MUX menampilkan NVIDIA Advanced Optimus dan TGP maksimum 120W.

Zephyrus M16 2023 adalah yang terbaik untuk anda membawa pancaran haba yang lebih besar dan lebar penuh ke dalam peranti. Peranti ini turut disokong oleh Teknologi Tri-Fan ROG di mana ia menyalurkan udara daripada tiga kipas tepat ke arah pancaran haba untuk penyejukan yang lebih cekap. 

Zephyrus G14 ultra-kompak juga telah dinaik taraf kepada AMD Ryzen 9 Zen 4 dengan GPU Komputer Riba NVIDIA GeForce RTX 4090 yang menyokong TGP maksimum 125W dengan Dynamic Boost. G14 juga mempunyai Suis MUX untuk penukaran pintar antara kadar bingkai maksimum semasa dipalamkan dan hayat bateri dalam perjalanan.

Akhir sekali, Zephyrus Duo 16 mengekalkan kedudukannya sebagai kuasa dwi skrin dengan skrin sentuh kedua 4K, pemproses AMD Ryzen 9 Zen 4 menampilkan 16 teras yang mampu overclockdengan Precision Boost Overdrive. Ia digabungkan dengan GPU NVIDIA GeForce RTX 4090 dan sistem penyejukan Active Aerodynamic ROG untuk prestasi yang lebih lancar.

Berikut merupakan harga dan ketersediaan peranti di Malaysia:

Anda kini boleh membuat pra-tempah ROG Strix SCAR 18 dan ROG Zephyrus M16 dari 8 Februari hingga 21 Februari 2023 melalui e-stor rasmi ASUS atau kedai eksklusif ASUS terpilih. 5 pelanggan pra-tempah pertama ROG Strix SCAR 18 akan membawa pulang Kerusi Gaming Teras ROG Chariot bernilai RM1,888, manakala 15 pelanggan pra-tempah pertama ROG Zephyrus M16 akan mendapat Beg Hip ROG SLASH dan ROG Cetra True Wireless bernilai RM1,029.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version