Site icon TechNave BM

ASUS ROG Phone 3 (12GB) berharga RM3,399 sahaja hingga 4 Januari 2021, diskaun RM400!

Terkini, ASUS Malaysia mengumumkan sebuah promosi yang mungkin akan digilai oleh peminat telefon pintar gaming ASUS ROG Phone 3. Peranti tersebut kini boleh didapati dengan permulaan harga RM2,699 bermula 10 Disember 2020 hingga 4 Januari 2021.

Dalam tempoh waktu yang diberikan, anda boleh membeli ASUS ROG Phone 3 (12GB) dengan diskaun RM400 pada harga RM3,399 (harga asal: RM3,799), manakala ASUS ROG Phone 3 Strix Edition dengan diskaun RM300 pada harga RM2,699 (harga asal RM2,999). Maklumat lanjut mengenai promosi ada di pautan ini.

Anda boleh mendapatkannya sama ada di melalui pengedar sah yang tersenarai, Lazada atau Shopee. Sepintas lalu, siri ASUS Rog Phone 3 dilengkapi Snapdragon 865 Plus, bateri 6000mAh dan kadar segar semula sehingga 144Hz. Semak spesifikasi penuh siri ASUS ROG Phone 3 di pautan ini.

Adakah anda berminat? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version