Site icon TechNave BM

ASUS ROG Phone 3 dapat pengiktirafan Taiwan, sahkan kewujudan bateri 6,000mAh dan storan 512GB

ASUS ROG Phone 3 akan dilancarkan pada 22 Julai ini dan berita-berita awal tentang peranti gaming tersebut telah pun muncul. Terbaru, telefon itu telah mendapat pengiktirafan Taiwan National Communications Commission (NCC) dan beberapa spesifikasi telah dilaporkan daripada pengiktirafan itu.

Antara spesifikasi menarik adalah baterinya yang berkapasiti 6,000mAh (rated capacity 5,800mAh). Di samping itu, storan dalamannya pula adalah 512GB dan ia datang dengan pengecas 30W. Pengiktirafan NCC ini tidak mempunyai sebarang band 5G, namun penyenaraian TENAA sebelum ini mempunyainya.

ROG Phone 3 sudah pun disahkan bahawa ia akan dilengkapi cipset Snapdragon 865 Plus 5G, antara telefon terawal yang mempunyai cipset tersebut. Daripada segi kamera, terdapat kamera utama 64MP dan kamera swafoto 13MP.

Telefon gaming ASUS ini memang adalah antara telefon yang paling dinantikan pada waktu ini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version