Site icon TechNave BM

ASUS ROG Phone 4 mungkin dilengkapi bateri sama dengan ROG Phone 3, pengecasan lebih pantas

Pada minggu lalu, ASUS sudah pun mengacah telefon terbaru yang akan dilancar dalam siri ROG Phone pada tahun ini. Kini, maklumat awal mengatakan ROG Phone 4 bakal dilengkapi bateri berkapasiti sama dengan ROG Phone 3, namun dengan pengecasan yang lebih pantas.

Menurut pengkhabar maklumat telefon pintar Digital Chat Station, ROG Phone 4 mungkin akan mempunyai bateri 6,000mAh iaitu sama dengan ROG Phone 3. Walau bagaimanapun, pengecasannya mungkin akan meningkat dua kali ganda daripada 30W dalam ROG Phone 3 ke 60W atau 65W dalam ROG Phone 4.

Beliau turut membandingkan ROG Phone 4 dengan pesaingnya dalam pasaran iaitu Black Shark 4 dan Red Magic 6. Pengecasan pantas untuk Black Shark 4 dan Red Magic 6 sudah pun disahkan pada 120W dan bateri 4,500, menunjukkan kapasiti yang lebih rendah daripada ROG Phone 4 namun dengan pengecasan yang jauh lebih pantas.

Sebagai telefon gaming andalan, ROG Phone 4 dijangka akan dilengkapi Snapdragon 888 dan mungkin dilancar pada suku pertama 2021. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Weibo

Exit mobile version