Site icon TechNave BM

ASUS ROG Phone 5 akan dilengkapi RAM sehingga 18GB

Telefon pintar gaming ASUS ROG Phone 5 bakal dilancar pada 10 Mac ini, namun beberapa maklumat tentang spesifikasinya telah pun tertiris. Terbaru, telefon andalan itu dikatakan akan dilengkapi RAM sebanyak 18GB, menjadikannya telefon pertama yang mempunyai RAM sebanyak itu.

Maklumat ini diperoleh daripada perkhidmatan penanda aras Geekbench untuk telefon dengan nombor model ASUS_I005DB. Sumber melaporkan terdapat dua varian untuk nombor model itu iaitu DA dan DB, di mana DA adalah varian Tencent Games manakala DB pula mempunyai skrin kedua di bahagian belakang.

Sebelum ini, varian ASUS_I005DA dilaporkan akan dilengkapi RAM 16GB sahaja. Laman web e-dagang China telah pun mendirikan sebuah laman web acahan (teaser) untuk ROG Phone 5 namun tiada maklumat lanjut tertera pada laman web itu.

Telefon ini akan dilengkapi cipset Snapdragon 888 untuk prestasi terpantas. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena, Geekbench

Exit mobile version