Site icon TechNave BM

ASUS ROG Phone 5 dilancar: Snapdragon 888, AMOLED 144Hz, RAM 18GB bermula RM2,999

ASUS hari ini telah melancarkan siri telefon pintar gaming terbaru dalam barisan ROG Phone iaitu ASUS ROG Phone 5. Seperti tahun-tahun sebelum ini, ROG Phone 5 dilengkapi spesifikasi tercanggih untuk menyediakan prestasi sepantas mungkin sewaktu bermain game. Ia akan dijual dalam tiga varian utama iaitu ROG Phone 5, ROG Phone 5 Pro dan ROG Phone 5 Ultimate.

Semua varian ROG Phone 5 akan dilengkapi spesifikasi unggul seperti cipset Snapdragon 888, skrin AMOLED berukuran 6.78 inci dengan kadar segar semula 144Hz dan kadar bacaan sentuhan 300Hz, RAM LPDDR5, storan UFS 3.1, bateri 6,000mAh dan pengecasan 65W. Satu perkara menarik tentang ROG Phone 5 Ultimate adalah ia merupakan telefon pertama dalam dunia yang dilengkapi RAM sebanyak 18GB.

Di samping spesifikasi tersebut, ROG Phone 5 mempunyai pelbagai fungsi mesra gamers seperti butang penjuru AirTrigger 5, sistem penyejukan GameCool 5, dwi-pembesar suara Dirac yang dihalakan kepada pengguna, port USB-C yang berada di bahagian sisi untuk memudahkan penggunaan dalam mod lanskap serta kewujudan bicu audio 3.5mm. Untuk ROG Phone 5 Pro dan Ultimate pula, permukaan belakangnya mempunyai sebuah lagi sensor untuk mempelbagaikan pilihan butang sewaktu bermain game.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk semua varian ASUS ROG Phone 5:

Berikut adalah senarai harga untuk ROG Phone 5 dalam pasaran Malaysia:

Anda boleh membuat pra-tempahan dengan ASUS Malaysia bermula 11 hingga 25 Mac di laman web ini dan setiap pra-tempahan akan disertakan dengan aksesori Kunai 3 GamePad secara percuma. Jika anda berminat untuk membelinya di Shopee, pra-tempahan akan dibuka pada 19 Mac hingga 2 April dalam laman rasmi ASUS Malaysia di Shopee.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki telefon gaming hebat ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version