Telefon pintar gaming ASUS ROG Phone 5 semakin mendapat perhatian sejak ASUS mengacah kewujudannya pada acara CES 2021 awal tahun ini. Selepas mendapat pengiktirafan daripada TENAA dan GeekBench sebelum ini, kini ROG Phone 5 dikhabar akan dilancarkan pada bulan Mac ini.
Menurut sumber, peranti gaming itu mungkin akan dilancar pada bulan Mac di India. Telefon dengan nombor model ASUS_I005DA itu dijangka akan dilengkapi spesifikasi tercanggih, dengan cipset Snapdragon 888, skrin 144Hz, bateri 6,000mAh dan RAM 16GB.
Telefon gaming ASUS sebelum ini, ROG Phone 3, telah dilancar pada bulan Julai 2020. Daripada segi nama, ASUS mungkin akan melepasi nama “ROG Phone 4” kerana nombor empat tidak begitu digemari oleh masyarakat Cina. Anda boleh lihat rupa dan berita ROG Phone 5 di sini.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan ROG Phone 5 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

