Site icon TechNave BM

ASUS ROG Phone 5s akan dilancar di Malaysia pada 8 Oktober 2021

Selepas melancarkan siri telefon gaming ASUS ROG Phone 5 pada bulan Mac lalu, kini ASUS Malaysia akan melancarkan varian terbaru iaitu ASUS ROG Phone 5s yang terdiri daripada ROG Phone 5s dan ROG Phone 5s Pro. Ia akan dilancar pada hari Jumaat, 8 Oktober 2021 jam 9:00 malam.

Daripada segi spesifikasi, ROG Phone 5s dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 888 Plus 5G iaitu lebih canggih daripada Snapdragon 888 5G yang dilengkapi dalam siri ROG Phone 5 asal. Peningkatan prestasi ini bertujuan memberikan pengalaman paling lancar dalam gaming, namun perbezaan di antara dua cipset tersebut tidaklah terlalu ketara.

Selain itu, ROG Phone 5s dilengkapi skrin dengan kadar bacaan sentuhan (touch sampling rate) 360Hz, lebih pantas daripada 300Hz dalam ROG Phone 5 asal. Ini membenarkan pengguna untuk bertindak balas dengan lebih pantas dalam game.

Daripada segi spesifikasi lain, tidak banyak yang berbeza di antara ROG Phone 5 dengan ROG Phone 5s. Layari artikel ini untuk spesifikasi penuh ROG Phone 5. Kami juga menjangkakan harganya tidak jauh berbeza.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan ROG Phone 5s dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: ROG Malaysia Facebook

Exit mobile version