Site icon TechNave BM

ASUS ROG Phone 6 akan dilancar pada 5 Julai 2022

Para peminat telefon pintar gaming kini pasti akan bergembira kerana ASUS telah mengesahkan pelancaran siri ASUS ROG Phone 6 yang akan dianjurkan pada 5 Julai 2022.

Sebelum ini, ASUS telah pun mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan telefon yang dilengkapi cipset andalan baharu Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1, jadi ini mungkin adalah telefon tersebut.

Memandangkan siri ROG Phone 5 sebelum ini ditawarkan dalam tiga varian utama, siri ROG Phone 6 juga dijangka akan mempunyai tiga varian iaitu ROG Phone 6, ROG Phone 6 Pro dan ROG Phone 6 Ultimate.

Selain melancarkan telefon, ASUS ROG akan turut melancarkan beberapa aksesori gaming baharu seperti fon kepala. Pelancaran tersebut akan disiarkan secara langsung dari Taipei, Taiwan jam 8:00 malam waktu Malaysia.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon popular ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version