Site icon TechNave BM

ASUS ROG Phone 6 bakal jadi telefon “gaming” pertama dengan rating kalis air

Telefon pintar gaming yang sangat dinantikan, ASUS ROG Phone 6, bakal dilancar pada 5 Julai 2022 dan pada waktu ini, ASUS telah berkongsi beberapa spesifikasi untuk peranti tersebut dalam media sosial Twitter.

Satu ciri yang bakal menarik perhatian adalah ASUS mengatakan ROG Phone 6 bakal menjadi telefon pintar gaming pertama yang dilengkapi rating kalis air IPX4.

Sebelum ini, telefon gaming selalunya tidak dilengkapi rating kalis air atau debu kerana pembinanya mungkin berpendapat golongan gamers tidak memerlukan ciri tersebut. Rating kalis air selalunya hanya terdapat pada telefon yang dipasarkan kepada pengguna awam

Ciri-ciri lain yang telah disahkan oleh ASUS untuk telefon ini termasuklah cipset Snapdragon 8+ Gen 1, skrin AMOLED dengan kadar segar semula 165Hz serta sistem penyejukan dengan kamar wap dan lapisan grafit yang lebih luas berbanding ROG Phone 5.

ROG Phone 6 juga telah menerima pengiktirafan TENAA, di mana ia disenaraikan dengan skrin berukuran 6.78 inci, RAM 18GB, storan 512GB, kamera utama 64MP, kamera swafoto 12MP dan bateri 6,000mAh. Di Geekbench pula, ia disenaraikan dengan RAM 16GB dan sistem operasi Android 12.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version