Site icon TechNave BM

ASUS ROG Phone 6 dan realme GT 2 Master Explorer Edition bakal dilengkapi Snapdragon 8+ Gen 1

Baru-baru ini, Qualcomm telah memperkenalkan cipset telefon pintar andalan terbaru, Snapdragon 8+ Gen 1, yang menawarkan peningkatan prestasi berbanding Snapdragon 8 Gen 1 asal. Kini ASUS dan realme mungkin bakal menjadi antara jenama terawal yang menghasilkan telefon dengan cipset tersebut.

Dalam sebuah ciapan, ASUS mengatakan mereka akan melancarkan telefon gaming pertama yang dilengkapi Snapdragon 8+ Gen 1 dan ia akan dilancar dalam masa terdekat.

Selain daripada itu, CEO realme Sky Li mengatakan realme GT 2 Master Explorer Edition bakal menjadi antara telefon terawal dengan cipset tersebut. Sebelum ini, realme GT Master Explorer Edition adalah telefon yang dijual dalam pasaran China sahaja, jadi masih tidak diketahui jika telefon seterusnya ini akan ditawarkan untuk pasaran antarabangsa.

Setakat ini, 16 jenama telefon telah mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan peranti yang dilengkapi cipset Snapdragon 8+ Gen 1.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan dua telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version