Site icon TechNave BM

ASUS ROG Phone 6 dilancar: SD 8+ Gen 1, AMOLED 165Hz, kalis air IPX4, cas pantas 65W bermula RM3,599

Pada hari ini, ASUS Malaysia telah melancarkan siri telefon pintar gaming terbaru iaitu ASUS ROG Phone 6 yang terdiri daripada ROG Phone 6 dan ROG Phone 6 Pro. Seperti dalam telefon-telefon ROG Phone sebelum ini, ROG Phone 6 menampilkan spesifikasi tercanggih pada waktu pelancarannya seperti cipset Snapdragon 8+ Gen 1, skrin AMOLED dengan kadar segar semula 165Hz dan pengecasan pantas 65W.

Bagi menjana prestasi yang paling pantas sewaktu bermain game, ROG Phone 6 dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1 dan RAM LPDDR5 sehingga 18GB. Selain itu, pengguna juga boleh mengaktifkan X Mode untuk meningkatkan prestasi telefon, namun akan menggunakan lebih banyak kuasa bateri.

Bagi mengekalkan suhu telefon pada tahap terkawal, ROG Phone 6 dilengkapi sistem penyejukan GameCool 6 yang terdiri daripada bahan pengalir haba (thermal compound) boron nitride serta ruang kamar wap (vapour chamber) dan lapisan grafit (graphite) yang lebih besar berbanding ROG Phone 5.

Untuk penyejukan yang lebih tinggi, telefon ini boleh dihubungkan dengan kipas penyejuk AeroActive Cooler 6 untuk mengurangkan suhu sehingga 25°C. Dengan kipas ini, pengguna juga boleh mengaktifkan X Mode+ untuk prestasi yang lebih pantas daripada X Mode standard.

ROG Phone 6 masih mengekalkan sistem kawalan AirTrigger untuk kegunaan sewaktu bermain game, yang terdiri daripada butang ultrasonik di bahagian bucu serta kawalan gerakan (motion control). Butang ultrasonik menyokong sembilan jenis sentuhan, manakala kawalan gerakan pula menyokong 10 jenis gerakan tangan.

Satu perkara menarik tentang telefon ini adalah di bahagian belakang, di mana ia mempunnyai skrin kedua ROG Vision yang berwarna-warni. Anda boleh meletakkan sebarang rekaan animasi atau gambar di skrin tersebut.

Ini juga adalah telefon gaming pertama yang mempunyai rating kalis air IPX4. Berikut adalah spesifikasi penuh untuk ROG Phone 6:

Siri ROG Phone 6 akan mula dijual pada 6 Julai 2022 di laman web ASUS ROG dan Shopee. Pelanggan-pelanggan awal akan menerima dua hadiah percuma iaitu AeroActive Cooler 6 dan lanjutan waranti 1+1 tahun. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version