Site icon TechNave BM

ASUS ROG Phone 6 muncul di Geekbench, dilengkapi cipset SD 8+ Gen 1 dan RAM 18GB

ASUS sedang bersiap sedia untuk memperkenalkan telefon gaming baharu iaitu ASUS ROG Phone 6. Peranti akan datang ini akan dilengkapi cipset Snapdragon 8+ Gen 1 yang membawa peningkatan prestasi yang ketara. ASUS ROG Phone 6 muncul di penanda aras Geekbench dan memperoleh hasil yang mengagumkan.

ASUS mengoptimumkan perisian secara berterusan untuk memastikan prestasi terbaik. Perlu diingatkan bahawa cipset Snapdragon 8+ Gen 1 adalah kira-kira 10 peratus lebih pantas daripada Snapdragon 8 Gen 1 dan 30 peratus lebih cekap.

Terdapat varian tertentu ROG Phone 6 dengan RAM 16GB. Menariknya, pensijilan TENAA meletakkan kapasiti sehingga RAM 18GB. Itu adalah varian tertinggi dan kami juga menjangkakan varian dengan RAM 12GB dan terdapat satu varian dengan RAM 8GB. ROG Phone 6 mendapat markah 1,323 dalam ujian teras tunggal dan 4,328 dalam ujian berbilang teras.

GPU Adreno 730 baharu juga mendapat beberapa tweak untuk meningkatkan prestasi. Spesifikasi ASUS ROG Phone 6 yang lain termasuk panel 6.78 inci. Ia jelas merupakan panel OLED dan ASUS mengesahkan kadar penyegaran 165Hz. Peranti ini akan membawakan bateri besar 6,000 mAh dengan pengecasan pantas 65W.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Gizchina

Exit mobile version