Site icon TechNave BM

ASUS sah henti pengeluaran telefon pintar, alih fokus kepada AI dan robotik

ASUS mengesahkan tidak akan melancarkan telefon pintar baharu tahun ini bagi menamatkan spekulasi yang timbul kira-kira dua minggu lalu mengenai masa depan perniagaan telefon pintar. Pengesahan itu dibuat oleh Pengerusi ASUS, Jonney Shih dan tiada perancangan untuk mengembangkan barisan produk telefon pintar termasuk model baharu atau memperkenalkan kategori produk tambahan dalam portfolio telefon sedia ada.

Kenyataan tersebut menunjukkan ASUS memilih untuk memberhentikan pertumbuhan agresif dalam segmen telefon pintar dan bukannya sekadar menangguhkan pelancaran. Keputusan ini dibuat dalam keadaan pasaran telefon pintar yang semakin kompetitif serta berorientasikan margin keuntungan yang semakin ketat.

Walaupun begitu, Shih menegaskan pelanggan sedia ada tidak akan terjejas dan menyediakan sokongan selepas jualan serta menunaikan komitmen terhadap pengguna. ASUS akan mengalihkan fokus kepada perkakasan berasaskan kecerdasan buatan (AI) serta merancang untuk meningkatkan pelaburan dalam sistem dipacu AI termasuk mesin pintar, robotik dan peranti edge computing.

ASUS percaya pertumbuhan jangka panjang akan datang daripada pembangunan produk AI fizikal dan bukan bergantung kepada jualan telefon pintar pengguna. Ini merangkumi pelayan AI, sistem perusahaan serta platform bersepadu yang menggabungkan reka bentuk perkakasan dengan perisian AI canggih.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Wealth Megazine

Exit mobile version