Site icon TechNave BM

ASUS TUF Gaming 2022 dilancar di Malaysia: Komputer riba “gaming” RTX 3070 bermula RM4,999

ASUS Malaysia telah melancarkan siri komputer riba gaming kelas pertengahan terbaharu iaitu ASUS TUF Gaming F15/F17 dan ASUS TUF Gaming A15/A17. Kedua-dua komputer ini menampilkan spesifikasi yang canggih namun dijual pada harga yang lebih murah berbanding komputer premium.

Siri ASUS TUF Gaming F15 dan F17 pada tahun ini dilengkapi pemproses 12th Generation Intel Core i7-12700H dan unit pemproses grafik sehingga NVIDIA GeForce RTX 3070 Laptop GPU dengan kuasa grafik haba (thermal graphics power, TGP) sebanyak 140W. Sementara itu, ASUS TUF Gaming A15 dan A17 pula ditawarkan dengan cipset AMD Ryzen 7 6800H.

Untuk meningkatkan prestasi grafik sebanyak 10%, semua komputer TUF Gaming 2022 akan dilengkapi MUX Switch untuk menghubungkan skrin secara terus kepada GPU. Bercakap tentang skrin, ia akan ditawarkan dalam resolusi FullHD 300Hz atau QHD 165Hz.

Bagi tujuan penyejukan, komputer riba ini dilengkapi kipas Arc Flow Fans dengan 84 bilah untuk meningkatkan aliran udara dalam komponennnya sebanyak 13% berbanding model tahun lalu. Di samping itu, badannya dibina dengan pengiktirafan tentera MIL-STD-810H bagi menjami ketahanan yang tinggi untuk situasi harian.

Berikut adalah senarai harga untuk siri komputer riba ini:

ASUS TUF Gaming F15 (FX507Z-CHN082W)

ASUS TUF Gaming F15 (FX507Z-EHN055W)

ASUS TUF Gaming F15 (FX507Z-MHN071W)

ASUS TUF Gaming F17 (FX707Z-MHX027W)

ASUS TUF Gaming A15 (FA507R-CHN038W)

ASUS TUF Gaming A15 (FA507R-EHN039W)

ASUS TUF Gaming A15 (FA507R-MHN027W)

ASUS TUF Gaming A15 (FA507R-MHF065W)

ASUS TUF Gaming A17 (FA707R-CHX024W)

Layari laman web ASUS Malaysia untuk maklumat lanjut tentang siri komputer riba ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version