Site icon TechNave BM

ASUS TUF Gaming F16 2024 rasmi di Malaysia: Intel Core Gen-13, GPU RTX 4060 dan skrin 165Hz bermula RM5,999

Hari ini, ASUS telah melancarkan beberapa model komputer riba baharu untuk tahun 2024 secara rasmi di Malaysia. Antara model yang dilancarkan ialah ASUS TUF Gaming F16 2024. Model ini didatangkan dalam dua pilihan GPU iaitu NVIDIA GeForce RTX 4050 dan GeForce RTX 4060.

Komputer riba ini menampilkan pemproses Intel Core i7-13650HX Generasi ke-13 dengan 14 teras dan 20 utas (threads). Di samping itu, ia juga menawarkan RAM ultrafast DDR5-4800MHz, GPU NVIDIA GeForce RT 4060 dan NVIDIA Advanced Optimus untuk pengalaman pengguna yang lebih sempurna.

Terdapat juga dua slot memori dan storan untuk pengembangan. Varian ini telah diuji dengan piawaian MIL-STD-810H gred tentera 2024 untuk ketahanan termasuk getaran, jatuh, ketinggian dan rintangan suhu. Selain itu, ia memaparkan paparan 16 inci, pengecasan USB-C PD dan bateri 90WH.

ASUS TUF Gaming F16 2024 turut menjalankan sokongan GSYNC dengan kadar penyegaran 165Hz, Dolby Atmos dan Audio Hi-Res. Komputer riba ini akan tersedia di Malaysia mulai 24 Januari 2024 harganya bermula daripada RM5,999 untuk varian NVIDIA GeForce RTX 4050 dan RM6,299 untuk NVIDIA GeForce RTX 4050.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan komputer riba ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version