Site icon TechNave BM

ASUS Vivobook Go 15 kini rasmi di Malaysia dengan harga RM2,299

ASUS Malaysia baru-baru ini telah mengumumkan komputer riba Vivobook Go 15 (E1504F) untuk produktiviti dan hiburan semasa dalam perjalanan. Komputer riba ini menampilkan paparan IPS FHD 15.6 inci, cipset AMD Ryzen 5 7520U, RAM sehingga 16GB dan SSD 512GB.

Ia didatangkan dalam reka bentuk yang telah diuji mengikut piawaian gred tentera MIL-STD810H untuk ketahanan. Spesifikasi teknologi lain termasuk audio ASUS SonicMaster dengan Pemprosesan Audio DTS, WiFi 6E, port USB-C 3.2 Gen 1, port USB-A 3.2 Gen 1, port USB 2.0, output HDMI dan bicu audio.

Ia juga mempunyai papan kekunci bersaiz penuh dengan kekunci ErgoSense, pengimbas cap jari untuk log masuk yang cepat dan mudah serta kamera web dengan teknologi ASUS 3DNR untuk panggilan video yang jelas. Berukuran 17.9mm nipis dan berat 1.63kg, ia ditawarkan dalam pada harga bermula RM2,299 untuk dua varian yang ditawarkan.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version