Site icon TechNave BM

ASUS Vivovook S 16 dan S 14 dilancar di Malaysia: Dilengkapi AMD Ryzen AI 300 Series, bermula RM5,299

ASUS Malaysia baru-baru ini memperkenalkan dua produk baharu dalam rangkaian Vivobook S Series iaitu ASUS Vivobook S 16 (M5606W) dan ASUS Vivobook S 14 (M5406W). Kedua-duanya dilengkapi pemproses AMD Ryzen AI 300 Series “Strix Point” untuk prestasi AI Copilot+ pantas dan paparan ASUS Lumina OLED untuk penghasilan imej yang cantik.

Pemproses AMD Ryzen AI 300 Series mampu menjana prestasi NPU sehingga 50 TOPS untuk pelbagai fungsi AI Copilot dalam Windows 11 serta aplikasi ASUS StoryCube yang boleh mengurus semua aset digital anda seperti menyusun, menyunting dan mengeksport fail asal.

Antara fungsi Copilot+ PC AI yang akan ditawarkan termasuklah Live Captions (untuk sarikata yang tepat dalam video), Cocreator (untuk menghasilkan karya seni AI), Windows Studio Effects (untuk meningkatkan kualiti panggilan video) dan Automatic Super Resolution (untuk meningkatkan kualiti gaming).

Skrinnya menggunakan panel ASUS Lumina OLED dengan nisbah aspek 16:10, kadar segar semula 120Hz dan gamut warna DCI-P3 100% untuk penghasilan imej yang cantik. Ia turut mempunyai pengiktirafan VESA DisplayHDR True Black dan penjagaan mata TÜV Rheinland.

Papan kekuncinya menggunakan ASUS ErgoSense RGB yang boleh menghasilkan pelbagai warna untuk dipadankan dengan kegemaran anda. Ia mempunyai mekanisme scissor-key untuk pengalaman menaip yang senyap, key pitch 19.05mm, keycap dish 0.2mm dan key travel 1.7mm.

Baterinya berkapasiti 75 Wh dan boleh bertahan sehingga 17 jam, serta boleh dicas melalui port USB-C dengan pengecasan pantas 90W. Sistem penyejukannya pula menggunakan ASUS IceCool yang terdiri daripada dua paip haba, dua kipas IceBlade dengan 97 bilah dan dua lohong pengudaraan bagi mengekalkan suhu komputer pada tahap optimum.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk dua komputer ini:

ASUS Vivobook S 14 (M5406)

ASUS Vivobook S 16 (M5606W)

Layari laman web ASUS Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai Vivobook S 16 dan Vivobook S 14. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version