Site icon TechNave BM

ASUS VivoWatch SP dilancar di Malaysia: Jam tangan dengan pengukur nadi, waktu tidur berharga RM1,499

ASUS Malaysia hari ini telah melancarkan jam tangan pintar VivoWatch SP yang akan dijual pada harga bermula RM1,499. Ia akan dijual di semua kedai rasmi ASUS seluruh negara serta laman ASUS Malaysia dalam Lazada dan Shopee.

Jam tangan ini dilengkapi skrin berukuran 1.34 inci, bateri 200mAh yang boleh bertahan sehingga 14 hari, serta pelbagai sensor kesihatan termasuklah ECG (electrocardiogram), PPG (photoplethysmogram), sensor graviti, jejakan GPS dan altimeter. Dengan sensor tersebut, jam ini mampu mengukur kadar nadi, tahap oksigen, kualiti tidur, jarak larian dan banyak lagi.

Seperti jam tangan pintar lain, ia boleh dihubungkan kepada telefon untuk memaparkan pemberitahuan mesej, panggilan telefon, penggera masa, jam randik, peringatan kitaran haid serta peringatan untuk mengambil ubat. VivoWatch SP juga adalah kalis air sehingga kedalaman 50 meter.

Layari laman web ASUS Malaysia untuk maklumat lanjut tentang produk ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan jam tangan ASUS dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version