Site icon TechNave BM

ASUS ZenBook 13 dan 14 dilancarkan di Malaysia: Seringan 1.07kg, port I/O penuh bermula RM3,999

Selain telefon pintar, komputer riba juga kini mula memenuhi permintaan pengguna sama ada untuk produktiviti, kegunaan harian atau gaming. Untuk pasaran komputer riba kompak premium berfokuskan produktiviti, ASUS Malaysia kini melancarkan ASUS ZenBook 13 dan ASUS ZenBook 14 bermula dengan harga RM3,999.

Antata spesifikasi terbaru dan menarik adalah kedua-dua komputer riba ini hadir dengan rekaan senipis 13.9mm dengan berat seringan 1.07kg. Jika sebelum ini kebanyakan komputer riba kompak hadir dengan port yang tidak mencukupi, kali ini ZenBook 13 dan 14 hadir dengan port I/O penuh. Anda boleh menyemak spesifikasinya seperti di bawah.

Untuk pengetahuan anda, beza di antara ZenBook 13 dan 14 hanya pada ukurannya. Komputer riba ini dikatakan mampu bertahan sehingga 22 jam dan pengecasan penuhnya hanya mengambil masa 49 minit.

Anda boleh melihat maklumat lanjut berkenaan ASUS ZenBook 13 dan ZenBook 14 pada pautan yang telah disertakan. Anda boleh mendapatkannya di Shoppe dengan harga bermula pada RM3,999 sehingga RM4,699 bergantung pada varian CPU.

Adakah anda berminat? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version