Site icon TechNave BM

ASUS Zenbook 14 OLED dilancar di Malaysia: Komputer pertama dengan Intel Core Ultra bermula RM4,499

ASUS Malaysia telah melancarkan komputer riba ASUS Zenbook 14 OLED (UX3405) untuk pasaran Malaysia, iaitu komputer riba pertama dalam negara yang dilengkapi cipset Intel Core Ultra yang dikuasakan dengan Kecerdasan Buatan (AI) untuk prestasi AI terkini, prestasi pantas dan penggunaan tenaga yang lebih cekap. Selain itu, ia mempunyai reka bentuk yang ringan dan mudah dibawa ke mana-mana.

Dengan badan senipis 14.9mm dan berat 1.2kg sahaja, komputer ini mempunyai casis yang lebih kompak sebanyak 10 peratus daripada generasi sebelumnya. Bateri 75Wh di dalamnya pula boleh bertahan sehingga 15 jam dan ia turut menyokong pengecasn melalui USB-C Easy Charge.

Dengan panel OLED ASUS Lumina, komputer ini mempunyai skrin yang boleh menghasilkan imej yang jelas dan cantik untuk tontonan video dan gambar. Ia mempunyai kadar segar semula 120Hz, kecerahan puncak 600 nits, nisbah aspek 16:10 dan nisbah skrin-ke-badan sebanyak 87 peratus.

Di atas skrin, ia mempunyai kamera webcam FullHD infra-merah (FHD IR) yang mempunyai penutup fizikal untuk meningkatkan privasi anda.

Ia boleh digabungkan dengan storan SSD sehingga 1TB dan RAM LPDDR5X sehingga 32GB. Berikut adalah spesifikasi penuh untuk komputer ini:

Layari laman web ASUS Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai komputer ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version