Site icon TechNave BM

ASUS ZenBook dan VivoBook baru dilancar di Malaysia: 11th Gen Intel Core bermula RM3,099

Terasa seperti baru sahaja ASUS ZenBook dan VivoBook dengan pemproses 10th Gen Intel telah dilancar di pasaran Malaysia. Kini ASUS Malaysia telah melancarkan model terbaru ZenBook dan VivoBook dengan pemproses 11th Gen Intel Tiger Lake yang bakal sedia dijual pada bulan ini.

ASUS ZenBook 13 dan 14 dilengkapi 11th Gen Intel Core i7-1165G7 atau Core i5-1135G7, RAM 8GB dan pemproses grafik Intel Iris Xe baharu. Turut hadir adalah 512GB PCIe SSD, Berfokuskan fungsi mudah alih yang padu, ketebalan dua-dua model hanya 13.9mm dengan berat ZenBook 13 hanya 1.07kg sahaja.

Berkenaan ciri teknologinya, ia dilengkapi ClearVoice Mic dan teknologi AI Noise-Cancelling Audio untuk memastikan kualiti suara yang jelas, menjadikannya sebagai komputer riba bagus untuk fungsi konferens/mesyuarat dalam talian. Ia juga hadir dengan bateri besar 67Wh yang mampu bertahan selama 22 jam.

Untuk siri VivoBook baharu pula, VivoBook 14, 15 dan S15 menawarkan prestasi yang lebih baik. Keesemua model ini masih ringan dengan berat 1.4kg dan 1.7kg, tetapi hanya hadir dengan pemproses Intel Core i5. Namun, model VivoBook baru mempunyai RAM 8GB dan storan PCIe SSD yang sama dengan ZenBook baharu.

Untuk spesifikasi, prestasi VivoBook baharu dikatakan lebih baik kerana ASUS Intelligent Performance Technology (AIPT). Ia boleh memberi prestasi pemproses TDP (Thermal Design Power) dari 15W kepada 28W. Secara ringkasnya, prestasi CPU dioptimumkan sehingga 40% lebih baik. Ciri ini hanya hadir pada komputer riba VivoBook dengan pemproses Intel Tiger Lake.

Perbezaan dalam model VivoBook hanya pada ketersediaan port. VivoBook S15 hadir dengan USB-C yang menyokong Thunderbolt 4. Manakala VivoBook 14 dan 15 hadir dengan grafik Iris Xe dan pilihan Nvidia GeForce MX350.

Jika anda berminat untuk mendapatkannya, anda boleh membelinya melalui ASUS Malaysia Store di Shopee bermula 20 November 2020. Adakah anda berminat? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version