Site icon TechNave BM

ASUS Zenfone 10 bakal dilancar pada 29 Jun ini

ASUS telah mendedahkan tarikh pelancaran untuk telefon pintar baharunya, Zenfone 10 iaitu pada 29 Jun ini. Maklumat ini telah didedahkan sendiri oleh ASUS melalui laman web rasminya.

Acara pelancaran itu akan disiarkan secara langsung di YouTube pada jam 9 malam (UTC +8) pada tarikh yang dinyatakan di atas. Laman webnya turut juga menunjukkan beberapa spesifikasi telefon dan reka bentuknya.

Ini termasuk cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2 dengan reka bentuk kompak yang serupa dengan pendahulunya sambil menampilkan paparan 5.9 inci. Telefon pintar ini juga disahkan hadir dengan penstabil Gimbal 6-Axis untuk rakaman video tanpa goyang dan menyokong pengecasan wayarles.

Harganya sudah tentu belum disiarkan sehingga pelancarannya. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: ASUS

Exit mobile version