Site icon TechNave BM

ASUS Zenfone 12 Ultra akan dilancar pada 6 Februari 2025

ASUS bakal melancarkan telefon pintar andalannya untuk tahun ini, ASUS Zenfone 12 Ultra, pada hari Khamis, 6 Februari 2025. Syarikat itu masih belum berkongsi sebarang maklumat mengenai rekaan atau spesifikasinya, tetapi mereka telah berkongsi sebuah poster yang mengacah rekaan telefon itu.

Poster itu menunjukkan skrin dengan sempadan bezel yang sangat nipis dan kamera hadapan yang sangat kecil, dengan bahagian bucu yang membulat. Daripada sudut ini sahaja, ia tidak banyak berbeza dengan Zenfone 11 Ultra yang dilancar pada tahun lalu.

Buat masa ini, ASUS mengesahkan bahawa Zenfone 12 Ultra boleh merakam video 4K dengan fungsi kunci fokus (focus lock) untuk mengikuti subjek bergerak dengan lebih tepat.

Untuk spesifikasi, telefon ini dikhabarkan bakal mempunyai skrin AMOLED LTPO berukuran 6.78 inci dengan resolusi Full HD+ dan kadar segar semula 185Hz, serupa seperti ROG Phone 9. Cipsetnya pula menggunakan Snapdragon 8 Elite, manakala RAM pula setinggi 16GB.

Kameranya terdiri daripada kamera utama 50MP, kamera telefoto 32MP dan kamera ultra-lebar 13MP.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Zenfone 12 Ultra dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version